Malaysian Applied Biology Journal

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

44_1_18

E-mail Print PDF

Malays. Appl. Biol. (2015) 44(1): 017-114

 

PENCIRIAN DAN AKTIVITI ANTIBAKTERIA ENDOFIT Streptomyces sp. DARI HUTAN SIMPAN PENYELIDIKAN UKM BANGI

*ZIN, N.M.1, NUR FAIZAH, A.B.1, AISHAH, I.1,  BABA, M.S.1 dan SIDIK, N.M.2

1Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

2Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

*E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

ABSTRAK

Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibiotik. Kajian ini bertujuan memencilkan endofit Streptomyces sp. daripada pelbagai tumbuhan ubatan yang  endemik. Kesemua pencilan telah dikenalpasti melalui pemerhatian secara makroskopik dan mikroskopik.  Sebanyak 28 pencilan  (32%) yang bercirikan Streptomyces sp. telah  berjaya dipencilkan menggunakan  media pemencil ISP2. Kesemua pencilan adalah bergram positif, mempunyai filamen bercabang  serta berbau tanah yang merupakan ciri penting Streptomyces sp. Daripada pemerhatian secara makroskopik, didapati kebanyakan koloni yang terbentuk mempunyai permukaan yang tidak rata serta bersifat kering berkapur. Warna miselium udara pencilan adalah berbeza iaitu kelabu, putih kuning, putih serta hijau kelabu. Selain itu,  warna miselium substrat ialah putih kuning, coklat, jingga tua, hijau zaitun dan kelabu muda. Amat menarik kerana terdapat beberapa pencilan yang berbeza cirinya telah dipencilkan daripada pokok yang sama. Selain dari itu, terdapat beberapa pencilan yang mempunyai aktiviti antibakteria yang memberikan perencatan 100% terhadap bakteria ujian.

Kata kunci: Endofit, Streptomyces, antimikrob

 

Main Menu